Authorization

Dalam tutorial Authentication, walaupun tidak log in, pengguna masih boleh melayari page dashboard. Untuk menyekat akses pengguna yang tidak log in, kita boleh menggunakan fungsi authorization daripada Spring Security. Authorization ialah proses untuk memberi akses kepada ahli website.

Kita boleh configure authorization dalam method configure() sama seperti authentication. Kita tambah seperti berikut:

    @Override
    protected void configure(HttpSecurity http) throws Exception {
        http
                .formLogin()
                .loginPage("/login")
                .defaultSuccessUrl("/dashboard")
                .and()
                .logout()
                .and()
                .authorizeRequests()
                .antMatchers("/dashboard/**").authenticated();
    }

Selepas configure authentication, kita panggil method and() untuk configure bahagian lain dan pilih authorizeRequests() untuk configure authorization. Kemudian kita menggunakan antMatchers() untuk memilih path mana yang perlu disekat, jadi kita tulis "/dashboard/**" yang bermaksud mana-mana path yang bermula dengan /dashboard. Kemudian kita panggil method authenticated() untuk path tersebut menandakan hanya pengguna yang login sahaja yang boleh akses.

Setelah selesai, anda boleh cuba logout, kemudian layari https://localhost:8080/dashboard dan website akan redirect anda ke page login.

Role

Jika anda perhatikan dalam tutorial Authentication, semasa kita membuat pengguna untuk demo, kita ada meletakkan role. Semasa menggunakan website, bukan semua ahli boleh akses ke semua page. Ada ahli yang berperanan sebagai admin, ada yang ahli berbayar, dan ada ahli biasa. Maka kita boleh menggunakan role untuk membezakan kumpulan-kumpulan ini.

Sekarang kita cuba membuat page yang khas untuk admin sahaja. Kandungan page terpulang kepada anda. Controller untuk page adalah seperti berikut:

    @GetMapping("/admin")
    public String admin(Model model) {
        return render(model, "admin", "Admin");
    }

Kita juga akan membuat satu lagi pengguna biasa untuk melihat sama ada dia boleh mengakses page admin.

        UserDetails admin = ...

        UserDetails pleb =
                User.withUsername("user")
                        .password("password")
                        .roles("USER")
                        .passwordEncoder(passwordEncoder::encode)
                        .build();

        return new InMemoryUserDetailsManager(admin, pleb);

Perhatikan role untuk pengguna tersebut berbeza dengan admin.

Untuk menyekat akses untuk page admin, kita boleh menambah path yang lain menggunakan antMatchers() kemudian guna method hasRole(), seperti berikut:

                ...
                .and()
                .authorizeRequests()
                .antMatchers("/dashboard/**").authenticated()
                .antMatchers("/admin/**").hasRole("ADMIN");
                ...

Setelah selesai, cuba login sebagai pengguna biasa, dan layari http://localhost:8080/admin dan page akan memaparkan 'forbidden'.

Pengguna juga boleh memiliki lebih daripada satu role.

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""