Authentication

Authentication ialah proses untuk mengesahkan identiti username dan password pengguna. Sebelum kita melihat proses authentication, kita lihat maksud cookie dan session terlebih dahulu.

Cookie ialah data yang dihantar oleh website dan boleh disimpan dalam web browser pengguna. Website hanyalah seperti aplikasi biasa, jadi website memerlukan cookie untuk mengenalpasti siapakah pengguna yang sedang berinteraksi. Cookie yang digunakan untuk mengenalpasti identiti ini disebut sebagai session.

Jadi, secara teorinya, semasa log in, setelah submit form, website akan mencari pengguna menggunakan username, kemudian menggunakan cryptography untuk mengesahkan password. Jika sama, website akan meletakkan session pada web browser. Untuk semua request yang seterusnya, website hanya perlu melihat session tersebut untuk mengenali siapa pengguna, maka pengguna tidak perlu lagi log in berulang kali.

Anda boleh menulis sendiri code untuk membuat authentication jika anda mahu. Untuk tutorial ini, kita akan terus menggunakan Spring Security untuk membuat authentication.

Dalam tutorial CSRF, kita telah membuat class WebSecurityConfig. Kita boleh menambah configuration dalam class tersebut untuk authentication. Caranya dengan override method configure(), seperti berikut:

@Configuration
@EnableWebSecurity
public class WebSecurityConfig extends WebSecurityConfigurerAdapter {
    @Override
    protected void configure(HttpSecurity http) throws Exception {
        http
                .formLogin()
                .loginPage("/login")
                .defaultSuccessUrl("/dashboard")
                .and()
                .logout();
    }
}

Method dalam HttpSecurity adalah berangkai, sama seperti design pattern Builder, jadi kita ikut sahaja.

Untuk code di atas, kita configure login dengan memanggil method formLogin() kemudian kita menetapkan url untuk page login dan url untuk redirect setelah berjaya login. Kemudian, kita memanggil method and() untuk configure bahagian lain dan kita memasang fungsi logout dengan memanggil method logout().

Setelah selesai, kita override satu lagi method, iaitu userDetailsService() dalam class yang sama. Method ini adalah untuk kita beritahu Spring Security, service mana yang perlu digunakan untuk mencari maklumat pengguna. Disebabkan kita tidak menggunakan database, kita boleh meletakkan pengguna sebagai demo terlebih dahulu.

Sebelum itu, kita inject class untuk password hashing terlebih dahulu kerana kita perlu hash password untuk pengguna demo:

    private PasswordEncoder passwordEncoder;

    @Autowired
    public WebSecurityConfig(PasswordEncoder passwordEncoder) {
        this.passwordEncoder = passwordEncoder;
    }

Method userDetailsService() adalah seperti berikut:

    @Bean
    @Override
    protected UserDetailsService userDetailsService() {
        UserDetails admin =
                User.withUsername("admin")
                        .password("admin")
                        .roles("ADMIN")
                        .passwordEncoder(passwordEncoder::encode)
                        .build();

        return new InMemoryUserDetailsManager(admin);
    }

Ini bermakna user tersebut hanya ada dalam memory.

Code passwordEncoder::encode di atas adalah syntax Java 8. Jika anda menggunakan Java 7, anda boleh menggunakan anonymous class seperti ini:

                        ...
                        .passwordEncoder(new Function<String, String>() {
                            @Override
                            public String apply(String rawPassword) {
                                return passwordEncoder.encode(rawPassword);
                            }
                        })
                        ...

Sekarang sudah selesai, anda boleh test login sekarang. Jika berjaya, anda akan ke page dashboard, jika tidak anda akan ke page login semula.

Jika anda perhatikan link di web browser, semasa gagal login, link akan bertukar menjadi http://localhost:8080/login?error. Jadi, anda boleh check parameter error. Jika ada nilai, kita boleh memaparkan message error pada page login.

Anda boleh menambah form untuk logout seperti berikut dalam page dashboard:

<form action="/logout" method="POST">
  {{> anti_forgery_field}}
  <input type="submit" value="Logout">
</form>

Mendapatkan maklumat pengguna

Kita boleh mendapatkan maklumat pengguna dalam controller. Contoh jika kita ingin memaparkan username dalam page dashboard,

<p>Selamat datang ke Dashboard, {{username}}!</p>

Untuk mendapatkan maklumat pengguna, tambah parameter untuk Principal pada method controller, seperti berikut,

    @GetMapping("/dashboard")
    public String dashboard(Principal principal, Model model) {
        model.addAttribute("username", principal.getName());
        return render(model, "dashboard", "Dashboard");
    }

Satu lagi penambahbaikan yang kita boleh buat menggunakan Principal adalah redirect pengguna terus ke dashboard jika mereka telah login, seperti berikut,

    @GetMapping("/login")
    public String login(Principal principal, Model model) {
        if (principal == null) {  // jika belum log in
            return render(model, "login", "Log In");
        }
        return "redirect:/dashboard";
    }

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""