Mustache

Sekarang kita akan melihat dengan lebih mendalam syntax template Mustache.

Seksyen

Syntax untuk seksyen bermula dengan variable berserta tanda # pada nama, kemudian diakhiri dengan variable berserta tanda /, contohnya,

{{#title}}
  <h1>Website Hello</h1>
  <p>Website kegemaran anda</p>
{{/title}}

Code HTML di atas bermakna jika kita ada menghantar apa-apa data ke title tidak kiralah jenis apa, contohnya,

model.addAttribute("title", true);

maka bahagian tersebut akan terpapar. Syntax tersebut kita boleh baca seperti if title.

Lawan kepada syntax # ialah ^. Kita boleh baca seperti if not title. Contoh,

{{^title}}
  <p>Hmmm, tiada tajuk</p>
{{/title}}

Menggunakan kedua-dua syntax tersebut, kita boleh membuat sesuatu seperti if else. Contoh,

{{#title}}
  <h1>Website Hello &middot; {{title}}</h1>
{{/title}}
{{^title}}
  <h1>Website Hello</h1>
{{/title}}

Code di atas bermaksud kita paparkan tajuk website berserta tajuk kecil yang kita masukkan daripada code Java. Jika kita tidak meletakkan tajuk kecil, website hanya akan memaparkan tajuk website.

Loop

Syntax untuk seksyen, #, boleh menjadi loop bergantung kepada jenis data structure. Jika kita menghantar array atau list, Mustache akan mengulangi blok code tersebut untuk setiap data. Kita boleh menggunakan this untuk merujuk data dalam array atau list.

Contoh,

<p>
  Kucing saya:
  <ul>
  {{#kucing}}
    <li>{{this}}</li>
  {{/kucing}}
  </ul>
</p>

Dengan menggunakan code Java seperti ini,

model.addAttribute("kucing", Arrays.asList("Tompok", "Comel", "Maru"));

template tersebut akan berkembang menjadi,

<p>
  Kucing saya:
  <ul>
    <li>Tompok</li>
    <li>Comel</li>
    <li>Maru</li>
  </ul>
</p>

Fields object

Contoh di atas menggunakan keyword this, yang juga merupakan keyword yang kita pernah guna dalam object-oriented programming. Ya, kita juga boleh menggunakan syntax # untuk merujuk fields dalam sesuatu object. Katakanlah kita ada membuat class Kucing,

class Kucing {
    String nama;
    String jenis;

    Kucing(String nama, String jenis) {
        this.nama = nama;
        this.jenis = jenis;
    }
}

dan menghantar object Kucing ke model,

model.addAttribute("kucing", new Kucing("Maru", "Parsi"));

maka, kita boleh membuat seperti berikut untuk mendapatkan nama dan jenis kucing:

<p>
  {{#kucing}}
    Nama: {{nama}}, Jenis: {{jenis}}
  {{/kucing}}
</p>

Kita juga boleh menghantar beberapa object dalam array atau list, dan syntax yang sama akan sama mengulang untuk semua object sambil mengambil data dalam fields.

Partial

Partial bermaksud sebahagian. Dalam Mustache, partial bermaksud syntax untuk memasukkan sebahagian HTML daripada file yang lain. Syntax tersebut bermula dengan > kemudian nama file yang ingin kita masukkan.

Katakanlah kita ada file login.mustache, maka kita boleh menggunakan {{> login}} untuk memasukkan semua kandungan daripada file login.mustache.

Dengan menggunakan syntax partial dan seksyen, kita boleh memilih kandungan page tanpa menulis semula bahagian HTML yang lain, contohnya,

File page.mustache:

<!DOCTYPE html>
<html>
  <head>
    {{#title}}<title>{{title}} &middot; Website Hello</title>{{/title}}
    {{^title}}<title>Website Hello</title>{{/title}}
  </head>
  <body>
    {{#title}}<h1>Website Hello &middot; {{title}}</h1>{{/title}}
    {{^title}}<h1>Website Hello</h1>{{/title}}

    {{#home}}{{> home}}{{/home}}
    {{#login}}{{> login}}{{/login}}
  </body>
</html>

File home.mustache:

<p>Selamat datang! Sila <a href="/login">Log In</a>.</p>

File login.mustache:

<form action="/login" method="POST">
  <p>Username: <input type="text" name="username"></p>
  <p>Password: <input type="password" name="password"></p>
  <p><input type="submit" value="Log In"></p>
</form>

Untuk memilih kandungan, kita tetapkan di controller, seperti berikut:

@Controller
public class GreetingController {
    @GetMapping("/")
    public String home(Model model) {
        model.addAttribute("home", true);
        return "page";
    }

    @GetMapping("/login")
    public String login(Model model) {
        model.addAttribute("title", "Log In");
        model.addAttribute("login", true);
        return "page";
    }
}

Hasilnya,

Gambar home website

Gambar login website

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""