Model

Sekarang kita akan cuba memasukkan data daripada code Java ke template. Caranya dengan menambah parameter Model untuk method controller berkenaan, kemudian gunakan method daripada class Model untuk memasukkan data. Contohnya,

package com.jombelajarjava.hello;

import org.springframework.stereotype.Controller;
import org.springframework.ui.Model;
import org.springframework.web.bind.annotation.GetMapping;

@Controller
public class GreetingController {
    @GetMapping("/")
    public String greeting(Model model) {
        model.addAttribute("name", "Mike Tyson");
        return "greeting";
    }
}

Kita boleh menggunakan syntax template untuk memaparkan data tersebut. Contoh untuk template Mustache adalah dengan menggunakan {{ dan }}, seperti berikut,

<!DOCTYPE html>
<html>
  <head>
    <title>Website Hello</title>
  </head>
  <body>
    <h1>Website Hello</h1>
    <p>Selamat datang, {{name}}!</p>
  </body>
</html>

Layari http://localhost:8080 untuk test controller.

Parameter yang lain boleh sahaja ditambah pada method tersebut, contohnya jika kita ingin mengambil parameter, seperti berikut,

    @GetMapping("/")
    public String greeting(@RequestParam String name, Model model) {
        model.addAttribute("name", name);
        return "greeting";
    }

Layari http://localhost:8080/?name=Mike Tyson untuk test method tersebut.

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""