Controller MVC

Sebelum ini kita menggunakan annotation @RestController untuk membuat controller. Perkataan REST itu merujuk semua yang kita sudah lihat di tutorial asas. Anda boleh membaca dengan lebih lanjut di internet.

Untuk membuat controller yang menggunakan Spring MVC, kita hanya perlu menggunakan annotation @Controller. String yang dipulangkan bukanlah data tetapi nama file template yang perlu digunakan.

Contoh,

package com.jombelajarjava.hello;

import org.springframework.stereotype.Controller;
import org.springframework.web.bind.annotation.GetMapping;

@Controller
public class GreetingController {
    @GetMapping("/")
    public String greeting() {
        return "greeting";
    }
}

Maka, return "greeting" di atas bermaksud gunakan file template greeting untuk menghantar code HTML.

File template boleh diletakkan di dalam folder src/main/resources/templates. Berikut adalah contoh file template dengan nama greeting.mustache (file extension bergantung kepada template engine yang anda pilih, rujuk documentation):

<!DOCTYPE html>
<html>
  <head>
    <title>Website Hello</title>
  </head>
  <body>
    <h1>Website Hello</h1>
    <p>Selamat datang ke Website Hello!</p>
  </body>
</html>

Run program tersebut, kemudian layari http://localhost:8080 untuk melihat page website tersebut.

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""