Platform as a Service (PaaS)

PaaS adalah sama seperti server hosting, tetapi mereka telah menyediakan semua infrastructure. Jadi kita tidak perlu setup server bagai. Hanya perlu upload code.

Antara PaaS yang kita boleh pilih ialah:

Sekarang kita akan cuba deploy aplikasi yang kita telah buat dalam tutorial Spring Security di Heroku. Saya pilih Heroku kerana ada pilihan yang percuma. Jika anda ingin saja-saja cuba deploy website atau mungkin untuk homework, anda boleh menggunakan Heroku.

Heroku

Setiap PaaS mempunyai cara penggunaan yang berlainan, jadi kita perlu mencari documentation di website Heroku, iaitu Getting Started on Heroku with Java.

Sekarang saya cuba ringkaskan apa yang telah saya lakukan semasa mengikuti documentation tersebut.

  1. Heroku menggunakan Git untuk build code. Jadi, saya menjadikan code tersebut sebagai Git repository. Anda boleh mengikuti tutorial Git di sini.

  2. Disebabkan saya menggunakan Xubuntu, maka saya install heroku menggunakan snap dengan command sudo snap install heroku --classic.

  3. Login heroku dalam terminal, heroku login.

  4. Tambah remote pada repository menggunakan heroku create.

  5. Upload code ke Heroku menggunakan Git, git push heroku master.

Setelah selesai, terminal akan memaparkan url untuk website yang sudah siap. Maka, kita sudah boleh melayari website kita.

Gambar website Spring Boot di Heroku

Kita juga boleh melayari website kita dari komputer lain, contohnya mobile phone.

Domain name

Jika kita lihat url di atas nampak serabut. Biasanya website mempunyai url yang cantik seperti google.com, youtube.com, dan jombelajarjava.com. Untuk itu kita boleh mencari domain hosting. Saya mencadangkan Namecheap atau Google Domains. Ikut sahaja arahan yang diberikan dalam website tersebut.

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""