Routing

Routing berasal daripada perkataan route yang bermaksud laluan. Routing dalam aplikasi web bermaksud laluan untuk menggunakan fungsi yang mana. Routing ditentukan dalam controller menggunakan,

  • request path, contohnya /, /documentation
  • HTTP method, contohnya GET dan POST

Dalam tutorial yang lepas, kita ada membuat route GET ke path / menggunakan annotation @GetMapping("/"). Kita boleh menambah route yang lain pada controller, contohnya,

@RestController
public class GreetingController {
    @GetMapping("/")
    public String greeting() {
        return "<h1>Hello, World!</h1>";
    }

    @GetMapping("/nama")
    public String name() {
        return "Nama saya ialah...";
    }
}

Kita boleh pergi ke http://localhost:8080/nama untuk pergi ke route tersebut.

Untuk membuat route yang menggunakan HTTP method POST, kita boleh menggunakan annotation @PostMapping, contohnya,

@RestController
public class GreetingController {
    ...

    @GetMapping("/nama")
    public String name() {
        return "Nama saya ialah...";
    }

    @PostMapping("/nama")
    public String postName() {
        return "Post nama";
    }
}

Path tersebut boleh sama dengan path yang lain.

Apabila kita menggunakan browser untuk membuka sesuatu link, kita sebenarnya membuat request GET ke server. Untuk membuat request POST, kita boleh menggunakan mana-mana REST client. Contoh yang saya guna ialah RESTClient. Anda boleh mencari REST client di internet, kebanyakannya percuma.

Dengan menggunakan REST client, kita boleh mendapatkan response daripada server bergantung kepada request method yang kita gunakan.

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""