Controller

Struktur code untuk aplikasi web sama sahaja seperti yang kita lihat di tutorial database. Cuma satu yang saya tidak beritahu dalam tutorial tersebut ialah controller. Dalam tutorial database, controller untuk code tersebut ialah di bahagian pengambilan input. Maksudnya, controller ialah bahagian code yang mengawal interaksi dengan pengguna.

Sekarang kita cuba membuat controller untuk memaparkan Hello, World! di browser. Create class baru dengan nama GreetingController dengan kandungan berikut:

package com.jombelajarjava.hello;

import org.springframework.web.bind.annotation.GetMapping;
import org.springframework.web.bind.annotation.RestController;

@RestController
public class GreetingController {
    @GetMapping("/")
    public String greeting() {
        return "Hello, World!";
    }
}

Setelah update server, refresh browser dan kita boleh melihat Hello, World! terpapar di skrin.


Sekarang kita cuba sesuatu yang lain sedikit. Kita akan menghantar code HTML ke browser. Tukar baris,

return "Hello, World!";

ke

return "<h1>Hello, World!</h1>";

Setelah update, refresh browser dan kita boleh nampak tulisan Hello, World! menjadi besar. Jadi, itulah web development secara keseluruhannya, tiada istimewanya berbanding aplikasi console, cuma perlu memanipulasi string ke format yang difahami oleh browser.

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""