Polymorphism

Istilah polymorphism diambil daripada konsep biologi yang menyatakan setiap spesies boleh mempunyai beberapa bentuk, contohnya spesies harimau ada harimau belang, jaguar, cheetah, dan sebagainya.

Setiap harimau tersebut mempunyai ciri-ciri dan tingkahlaku yang tersendiri tetapi melakukan benda yang sama, contohnya harimau belang menghendap di sebalik semak dahulu sebelum menerkam mangsa, cheetah gunakan kepantasan untuk menangkap mangsa, tetapi kedua-duanya bertujuan untuk menangkap mangsa.

Dalam programming, kita boleh menggunakan konsep ini untuk memudahkan kita. Kita akan menggunakan tiga class ini (Harimau, HarimauBelang, dan Cheetah) untuk lihat penggunaan polymorphism:

package harimau;

public class Harimau {

    public Harimau() {

    }

    public void tangkapMangsa() {
        System.out.println("Saya terus tangkap saja.");
    }
}
package harimau;

public class HarimauBelang extends Harimau {

    @Override
    public void tangkapMangsa() {
        System.out.println("Saya menyorok dahulu, kemudian terkam mangsa.");
    }

}
package harimau;

public class Cheetah extends Harimau {

    @Override
    public void tangkapMangsa() {
        System.out.println("Saya laju, saya kejar, saya ngap mangsa.");
    }

}

Kita boleh menggunakan nama superclass untuk merujuk kepada subclass. Jadi, kita boleh create object seperti berikut:

package harimau;

public class Main {
    public static void main(String[] args) {
        Harimau harimau1 = new Harimau();
        Harimau harimau2 = new HarimauBelang();
        Harimau harimau3 = new Cheetah();
    }
}

Dengan adanya konsep polymorphism, kita boleh menggunakan method yang sama tetapi melakukan kerja yang berbeza seperti berikut:

package harimau;

public class Main {
    public static void main(String[] args) {
        Harimau harimau1 = new Harimau();
        Harimau harimau2 = new HarimauBelang();
        Harimau harimau3 = new Cheetah();

        harimau1.tangkapMangsa();
        harimau2.tangkapMangsa();
        harimau3.tangkapMangsa();
    }
}

Antara kelebihan menggunakan polymorphism ialah kita boleh menggunakan loop untuk melakukan method yang sama, contohnya jika kita ada lebih daripada seribu jenis Harimau.

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""