Class (part 1)

Buka Netbeans (atau mana-mana IDE yang anda guna), kemudian buat New project. Namakan project tersebut apa-apa sahaja yang anda mahu.

Untuk membuat class, klik kanan pada Source Packages dan klik New Java Class. Kita namakan class tersebut sebagai Kucing, dan nama package sebagai kucing. Selepas tekan Finish, Netbeans akan menghasilkan file berikut:

package kucing;

public class Kucing {

}

Fields

Fields ialah variable yang kita letakkan pada class, seperti berikut:

package kucing;

public class Kucing {
    String nama;
    int umur;
}

Fields inilah yang dikatakan ciri-ciri kepada sesuatu class. Jadi, ciri-ciri untuk class Kucing sekarang ialah nama dan umur.

Methods

Methods menentukan tingkah laku yang boleh dilakukan oleh class tersebut. Contohnya,

package kucing;

public class Kucing {
    String nama;
    int umur;

    public void mengiau() {
        System.out.println("Meow");
    }

    public void minum() {
        System.out.println("Slrrp, slrrp");
    }
}

Jadi, tingkah laku yang boleh dilakukan oleh class Kucing sekarang ialah mengiau dan minum.

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""