Object-oriented programming

Object-oriented programming (OOP) ialah konsep programming yang mengambil contoh daripada dunia nyata. Contohnya, lihat sahaja di sekeliling anda, ada pelbagai benda (objek) yang wujud. Ada almari, beg, katil, kucing, baldi, rumah, kereta, dan segala-galanyalah. Setiap benda mempunyai:

  • Ciri-ciri; contohnya, saiz botol besar atau kecil, usia kucing muda atau tua
  • Tingkah laku; contohnya, botol boleh diisi air, kucing boleh berlari

Object

Dalam programming, object bermaksud data yang mempunyai ciri-ciri (fields) dan tingkah laku (methods) yang tersendiri.

Class

Ada benda yang kelihatan serupa tetapi merupakan dua benda yang berbeza. Contohnya, kereta Waja milik Pak Man sama dengan kereta Waja milik Pak Mail. Walaupun dua-dua ialah kereta Waja, tetapi satu milik Pak Man, dan satu lagi milik Pak Mail. Jadi, dua-dua kereta tersebut boleh dikategorikan dalam class yang sama, iaitu kereta Waja.

Dalam programming, class menentukan ciri-ciri (fields) dan tingkah laku (methods) sesuatu object.

Inheritance

Walaupun kereta Waja dan kereta Kancil kelihatan berbeza, kedua-duanya masih boleh dikategorikan sebagai kereta. Tambahan pula, walaupun kereta dan lori kelihatan berbeza, kedua-duanya boleh dikategorikan sebagai kenderaan. Konsep ini dipanggil sebagai inheritance.

Dalam programming, sesuatu class boleh dikategorikan di bawah class yang lain menggunakan konsep inheritance.

Interface

Di kilang kereta, sebelum sesebuah kereta boleh dijual, kereta itu perlulah mematuhi keperluan sebagai sebuah kereta. Contohnya, kereta itu mestilah boleh bergerak ke depan dan ke belakang, boleh membelok ke kiri dan ke kanan, dan sebagainya.

Dalam programming, kita boleh menetapkan tingkah laku (methods) sesuatu class menggunakan interface. Apabila sesuatu class menggunakan interface, class tersebut wajib menepati keperluan interface tersebut.

Package

Ambil contoh pakej pelancongan. Pakej pelancongan biasanya ada perkhidmatan bas, tempat penginapan, dan tempat-tempat menarik. Walaupun semua benda tersebut tidak berada dalam class yang sama, tetapi semuanya berkaitan dengan pelancongan.

Dalam programming, class yang berkaitan boleh diletakkan di bawah package yang sama. Tujuan package adalah untuk memudahkan pengurusan class tersebut.

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""