Class yang Penting

Java mempunyai koleksi class yang dikenali sebagai Java Class Library. Library ini mempunyai code yang biasa digunakan dalam programming. Sebelum ini pun kita ada menggunakan class String, yang merupakan salah satu class daripada library tersebut.

Untuk melihat semua class tersebut, anda boleh search java api di Google. Class yang disediakan oleh Java sangat banyak iaitu melebihi 4000 class, jadi saya tidak mengharap anda untuk menghafal kesemuanya. Java API selalunya digunakan sebagai rujukan ketika programming, jadi biasakan diri anda dengan API tersebut.

Walaupun kita tidak perlu menghafal semua class dari library Java, ada sesetengah class yang penting (essential) yang semua programmer Java perlu ambil tahu.

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""