Pengenalan kepada Collections

Array merupakan data structure yang paling simple. Antara kelemahannya ialah saiz yang tidak boleh berubah. Ada cara untuk mengatasi masalah ini dengan menggunakan teknik-teknik tertentu. Disebabkan teknik-teknik tersebut selalu digunakan, maka Java menyediakan framework Collections supaya programmer tidak perlu tulis semula code yang sama.

Teknik-teknik di dalam framework Collections berbeza-beza mengikut interface walaupun di bawah class yang sama. Oleh itu, kita digalakkan untuk menggunakan interface untuk menentukan teknik mana yang digunakan. Istilah ini dipanggil sebagai program to interface. Contohnya sebelum ini kita create object daripada class Kucing seperti ini:

Kucing kucingSaya = new Kucing();

Untuk program to interface pula adalah seperti ini:

<interface> <nama object> = new <class>();

Contohnya jika class Kucing dengan interface HaiwanBergerak akan jadi begini:

HaiwanBergerak kucingSaya = new Kucing();

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""