Database

Database ialah tempat untuk kita menyimpan data yang berkaitan dengan projek. Apabila kita menyimpan data dalam variable, array atau data structure, kita sebenarnya menyimpan data tersebut hanya dalam memory (RAM). Apabila program kita berhenti, data tersebut akan hilang daripada memory.

Untuk mengekalkan (persist) data tersebut supaya tidak hilang, kita boleh output ke file seperti tutorial sebelum ini. Namun, proses tersebut agak menyusahkan kerana kita perlu memikirkan bagaimana format untuk file itu nanti. Oleh itu, kita boleh menggunakan database untuk menyimpan data dengan cara yang lebih selamat dan tersusun.

Bila perlu guna database?

Kalau boleh semua projek.

Ya, semua projek. Anda mungkin berfikir projek anda nampak simple dan tidak memerlukan database. Sebaik sahaja anda mula menambah feature pada projek anda, anda pasti akan menyesal jika tidak menggunakan database.

Jenis database

Client/server database adalah yang biasa digunakan semasa membuat projek aplikasi web. Contohnya, MySQL dan PostgreSQL.

Embedded database pula ialah database yang disertakan sekali dengan aplikasi seperti aplikasi desktop dan mobile. Contohnya, H2 dan SQLite.

Tutorial

Untuk tutorial selepas ini, kita akan menggunakan database H2. Disebabkan H2 ialah embedded database, kita tidak perlu install database seperti MySQL. Kita hanya perlu menambah nama library database tersebut di config Maven.

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""