Switch statement

Switch statement adalah sama dengan if statement iaitu untuk membolehkan program membuat pilihan (decision making). Switch statement biasa digunakan jika pilihan terlalu banyak.

public class TutorialSwitch {
    public static void main(String[] args) {
        int bulan = 5;

        switch (bulan) {
        case 1:  System.out.println("Januari"); break;
        case 2:  System.out.println("Februari"); break;
        case 3:  System.out.println("Mac"); break;
        case 4:  System.out.println("April"); break;
        case 5:  System.out.println("Mei"); break;
        case 6:  System.out.println("Jun"); break;
        case 7:  System.out.println("Julai"); break;
        case 8:  System.out.println("Ogos"); break;
        case 9:  System.out.println("September"); break;
        case 10: System.out.println("Oktober"); break;
        case 11: System.out.println("November"); break;
        case 12: System.out.println("Disember"); break;
        default: System.out.println("bulan tidak wujud"); break;
        }
    }
}

Kurungan selepas switch diletakkan variable yang digunakan untuk perbandingan. Data selepas case diletakkan perbandingan yang ada. Jadi, case 1 bermaksud adakah bulan sama dengan 1? Jika ya, code selepasnya akan dilaksanakan. Akhir sekali, diletakkan break menandakan berakhirnya code yang perlu dilaksanakan.

default adalah sama dengan else dalam if statement iaitu merupakan pilihan terakhir untuk code tersebut.

Kelebihan menggunakan switch adalah untuk memudahkan orang membaca code tersebut (readability). Jika anda mahu, anda boleh tulis semua code tersebut menggunakan if statement.

P/S: Jangan lupa untuk menulis break selepas setiap case kerana walaupun code tiada error, akan berlaku sesuatu yang anda tidak jangkakan. Anda boleh cuba buang break untuk lihat apa yang akan berlaku.

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""