Simple Program

"1000 langkah bermula dari satu langkah pertama"

Kita akan mula programming dengan membuat program yang sangat simple, iaitu memaparkan perkataan "Hello, World!".

Buka text editor (Notepad/Vim/Emacs), kemudian tulis code berikut:

public class HelloWorld {
  public static void main(String[] args) {
    System.out.println("Hello, World!");
  }
}

dan save sebagai HelloWorld.java.

Compile

Compile ialah proses untuk menukar code kita kepada bahasa yang difahami oleh komputer. Untuk compile code Java, buka command line interface (command prompt untuk Windows, terminal untuk Linux), dan tulis:

javac C:\Users\NamaAnda\Desktop\FolderAnda\HelloWorld.java

Path tersebut bergantung kepada di mana anda save HelloWorld.java di komputer anda.

Selepas compile, akan ada file HelloWorld.class di dalam folder yang sama untuk HelloWorld.java, yang bermaksud anda telah berjaya compile program tersebut.

Execute

Setelah berjaya compile, kita sudah boleh execute program HelloWorld, dengan cara tulis seperti di bawah di command line interface.

java C:\Users\NamaAnda\Desktop\FolderAnda\HelloWorld

dan kita akan nampak teks "Hello, World!" pada command line interface.

Perhatikan untuk execute, kita hanya tulis ‘java’ tanpa huruf c, berbeza dengan compile, iaitu javac.

Tahniah! Anda telah berjaya menulis, compile, dan execute program pertama anda.

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""