git rebase

Katakanlah ada team developer yang sedang membuat website design.

Seorang developer sedang design dalam branch a. Seorang lagi developer telah menyiapkan design dalam branch b dan telahpun merge ke master. Maka, branch a telah ketinggalan. Bagi seorang designer, mereka perlu melihat design yang terkini supaya design mereka sesuai. Jadi, dalam kes ini, designer branch a perlu update branch supaya sama dengan branch master.

Kita boleh update branch menggunakan cara yang lepas, iaitu dengan menggunakan git pull. Jadi, designer tersebut boleh menggunakan,

git pull origin master

pada branchnya untuk update. Cara ini tiada salahnya, tetapi message yang menyatakan kita pull akan termasuk sekali ke dalam branch kita.

Ada sesetengah team yang tidak suka sejarah commit berserabut. Bagi mengelakkan message git pull termasuk sekali, designer tersebut boleh menggunakan git rebase. Caranya,

git rebase master

Pastikan branch master di komputer sama dengan remote menggunakan git pull origin master.

git rebase -i

Dengan menambah flag --interactive atau -i selepas git rebase, kita boleh membuat beberapa operasi pada commit yang ada dalam branch.

Selepas menulis command tersebut, text editor akan terbuka dengan senarai commit berserta arahan. Rupanya begini:

Gambar git rebase interactive

Katakanlah kita mahu menukar message untuk commit 'Hello' di atas, kita edit command menjadi seperti berikut:

pick cac4439 Solve conflict
reword f3431bc Hello
pick 3794a1d Fix punctuation

Setelah save, text editor sekali lagi terbuka supaya kita boleh edit message untuk commit yang kita pilih.

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""