git checkout

git checkout ada satu lagi kegunaan selain menukar branch. Jika anda menaip git checkout --help, Git akan memaparkan

git-checkout - Switch branches or restore working tree files

bermaksud selain menukar branch, kita juga boleh mengembalikan file ke bentuk yang asal.

Contohnya, semasa kita sedang menulis code, code kita asyik tak menjadi-jadi. Disebabkan terlalu geram, kita pun ingin mula dari awal, maka kita boleh menggunakan git checkout untuk reset kembali file.

Caranya adalah dengan meletakkan nama file selepas command tersebut, contohnya,

git checkout bola.txt

Selain itu, kita juga boleh menggunakan nama folder. Jadi, kita boleh menggunakan

git checkout .

Untuk reset semua file kembali ke asal.

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""