git add

Kita telah menggunakan command ini untuk memilih file yang ingin kita tambah ke dalam rekod. Selama ini, kita hanya menaip command berserta nama file. Apabila difikirkan kembali, cara ini agak menyusahkan untuk projek yang mempunyai banyak file yang berubah.

Sekarang kita lihat flag yang boleh kita gunakan dengan git add.

git add <nama_folder>

Selain nama file, kita juga boleh menggunakan nama folder untuk menambah folder termasuk kandungannya sekaligus. Jika anda menggunakan Linux, anda boleh menggunakan ./ atau hanya . untuk merujuk 'folder ini'. Jadi, antara cara untuk menambah semua file adalah dengan menggunakan git add . semasa berada dalam root folder projek.

git add -A

git add --all atau git add -A akan menambah semua file yang boleh dikesan oleh Git tidak kisah anda berada dalam folder yang mana.

git add -u

git add --update atau git add -u pula akan menambah semua perubahan pada file yang telah dijejaki sebelum ini. Maksudnya jika anda membuat file baru, command ini tidak akan pilih file tersebut.


Command-command di atas adalah untuk memilih semua perubahan, bagaimana jika kita ingin memilih sebahagian perubahan dalam satu-satu file? Untuk itu, kita boleh menggunakan,

git add -p

Kita boleh menggunakan git add --patch atau git add -p untuk memilih perubahan. Selepas menaip command tersebut, Git akan menunjukkan sebahagian daripada perubahan, dan bertanya,

Stage this hunk [y,n,q,a,d,/,s,e,?]?

Taip y untuk ya, n untuk no, q untuk quit, dan s untuk split. Yang lain-lain, anda boleh lihat menggunakan git add --help.

Split adalah untuk memisahkan lagi bahagian yang dipaparkan supaya anda boleh memilih bahagian yang lebih kecil.

Setelah memberi jawapan, Git akan mengulangi soalan yang sama untuk bahagian-bahagian yang lain.

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""