Web Hosting

Pada mulanya programmer menggunakan Git di server masing-masing. Sekarang telah wujud banyak website yang menyediakan servis untuk Git, kebanyakannya secara percuma.

Kita boleh menggunakan website-website ini untuk upload code kita supaya code kita tidak hilang. Misalnya apabila ada anak-anak atau kawan-kawan yang usik komputer kita.

Berikut antara web hosting percuma yang anda boleh pilih.

GitHub

GitHub ialah web hosting service untuk git yang paling popular. GitHub adalah 100% percuma untuk code yang public (maksudnya semua orang boleh lihat).

GitLab

GitLab antara pesaing GitHub. Antara kelebihannya, selain percuma untuk code yang public, GitLab juga boleh host secara percuma untuk code yang private. Selain itu, GitLab juga adalah open source. Maksudnya anda boleh ambil code untuk GitLab kemudian host di server anda.

Bitbucket

Bitbucket juga boleh host secara percuma untuk code yang private seperti GitLab. Antara kelebihannya, Bitbucket lebih mudah menggunakan JIRA kerana Bitbucket dan JIRA dibina oleh syarikat yang sama.


Dengan pilihan yang ada, maka, daftarlah dengan mana-mana website. Tutorial akan datang kita akan lihat cara untuk upload code ke website tersebut.

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""