Mengabaikan File

Kita boleh menetapkan supaya sesetengah file tidak boleh dikesan oleh Git. Contohnya apabila folder mempunyai file yang melibatkan security seperti password database. Jika kita memasukkan file tersebut ke dalam Git, orang ramai akan dapat melihat password, sekaligus boleh menggodam aplikasi kita.

Cara untuk mengabaikan file adalah dengan membina file .gitignore.

Kandungan file .gitignore ialah path ke file atau folder yang tidak mahu dikesan. Contohnya,

password.txt
foldersecurity/

Taip git status untuk melihat sama ada Git boleh mengesan file-file tersebut.

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""