Membuat Perubahan

Kita akan melihat apa yang membuatkan programmer memilih Git semasa membuat development.

Sekarang cuba edit file bola.txt dengan menambah perkataan berikut,

hari-hari cikgu main bola

kemudian save.

Apabila anda menjalankan command git status, anda boleh melihat terpaparnya

modified: bola.txt

maksudnya file tersebut telah diubah dan Git pun faham.

git diff

Ini antara kelebihan menggunakan Git. diff adalah singkatan kepada difference yang bermaksud perbezaan. Kita boleh menggunakan Git untuk menunjukkan bahagian mana yang telah diubah. Cuba taip,

git diff HEAD

dan kita boleh melihat simbol + di bahagian yang telah ditambah berwarna hijau, bermakna di situ ada penambahan. Jika ada simbol - di bahagian berwarna merah, itu bermakna ada bahagian yang dipadam.

Ini gambar yang menunjukkan perbezaan tersebut.

Gambar git diff

Jika anda menggunakan GUI client, perbezaan tersebut mungkin lebih jelas.

HEAD dalam command tersebut bermaksud commit yang terakhir. Jadi, git diff HEAD bermaksud melihat perbezaan antara code sekarang dengan code yang telah commit sebelum ini.


Sekarang kita akan save perubahan tersebut dalam Git. Caranya sama sahaja dengan menambah file, iaitu

git add bola.txt

kemudian commit

git commit -m "Edit bola.txt supaya lebih lengkap"

Anda boleh taip git status untuk melihat tiada lagi perubahan.

git log

git log ialah command untuk melihat sejarah perubahan kepada file sepanjang development. Cuba taip command tersebut, dan anda boleh lihat senarai commit yang telah kita lakukan berserta message.

Command ini jarang kita gunakan kerana biasanya kita terus lihat sejarah perubahan di web hosting service seperti GitHub, GitLab, dan Bitbucket.

carian untuk ""

    Tiada hasil carian untuk ""