Jom Belajar Java

Laman web tutorial Java dan aplikasi dalam Bahasa Melayu

Gambar untuk Tutorial Java

Tutorial ini adalah untuk sesiapa yang ingin belajar programming language Java. Tutorial bermula dengan topik yang paling asas. Tutorial ini sesuai untuk pelajar-pelajar dan programmer yang ingin melihat syntax Java.

Tujuan tutorial ini lebih fokus kepada struktur code dalam aplikasi. Kita akan melihat topik-topik berkenaan dalam bab Database dan Code Quality.

Tutorial Java adalah percuma dan boleh dibaca secara online. Jadi, anda boleh baca pada bila-bila masa. Tunggu apa lagi, Jom Belajar Java!

Gambar untuk Tutorial Git

Tutorial Git ini terbuka kepada semua programmer tidak kira programming language mana yang digunakan. Tutorial ini sesuai untuk programmer yang ingin menjejaki setiap perubahan yang mereka lakukan semasa development.

Semasa mengikuti tutorial ini, kita akan melihat asas penggunaan Git untuk programmer dan sekumpulan programmer. Kita juga akan melihat gambaran kehidupan seharian programmer di tempat kerja.

Tutorial Git adalah percuma dan boleh dibaca secara online. Jadi, anda boleh baca pada bila-bila masa. Tanpa membuang masa, Jom Belajar Git!

Gambar untuk Tutorial Web Development

Zaman sekarang boleh dikatakan semua aplikasi memerlukan akses ke internet, termasuklah mobile(Android), desktop, dan embedded(internet of things). Seperti programming language yang lain, kita boleh menggunakan Java untuk membina aplikasi web.

Dalam tutorial ini, kita akan belajar cara menggunakan Spring Boot untuk membangunkan aplikasi web. Spring Boot ialah antara web framework yang paling popular untuk Java.

Tutorial Web Development adalah percuma dan boleh dibaca secara online. Jadi, anda boleh baca pada bila-bila masa. Maka, jangan ketinggalan untuk menimba ilmu yang berharga ini, Jom Belajar Web Development!

Pembangunan website ini akan sentiasa berterusan. Jadi, anda mungkin akan melihat perubahan berlaku dari semasa ke semasa. Anda boleh melihat pembangunan website Jom Belajar Java di GitHub.

Jika ada mana-mana kesilapan, penambahbaikan, atau ketidakfahaman yang ingin anda ketengahkan, anda boleh kemukakan di Google Groups.